selamat dtg


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Profile Sekolah

Sekolah ini terletak Di simpang 385, Kampong Tanah Jambu, Jalan Muara. Sekolah ini di dirikan pada 01hb April 1998. Bangunan ini telah diserahkn kepada Pengawasan Jabatan Hal Ehwal Ugama iaitu dibawah pengawasan Jabatan Pelajaran Ugama yang mana sekarang dikenal sebagai Jabatan Pengajian Islam. Penyerahan tersebut dilakukan oleh Yang Mulia Dato Paduka Ustaz Awang Haji Kassim Bin Haji Lamat dan Ustaz Awang Tarip Bin Haji Metussin.

Guru-guru sekolah ini adalah seramai 15 orang iaitu 6 lelaki dan 9 perempuan.

GURU-GURU

GURU-GURU

Tuesday 13 March 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Pada hari sabtu iaitu 3hb Rabiul Akhir 1433H bersamaan dengan 25hb. Februari 2012M, Sekolah Ugama Tanah Jambu telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan diselajurkan dengan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan yang Ke-28 Tahun dengan mengadakan peraduan mewarna Bendera Negaraku Brunei Darussalam bagi murid-murid rendah Bawah dan Peraduan membaca Selawat Syifa secara berkumpulan bagi murid-murid rendah Atas.


Bacaan Doa dibacakan oleh Ketua Agong Murid Sekolah Ugama Tanah Jambu
Persembahan Syarahan Dari Murid Darjah 5 Ba
Peraduan Membaca Selawat Syifa Bagi Murid Lelaki Secara Berkumpulan
Peraduan Membaca Selawat Syifa Bagi Murid Perempuan Secara Berkumpulan 
Peraduan Mewarna Bendara Negaraku Brunei Darussalam
Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang-Pemenang Oleh Guru Besar Sekolah Ugama Tanah Jambu

Wednesday 13 October 2010

CERAMAH MOTIVASI BAGI MURID-MURID DARJAH 6 TAHUN 2010M

Ceramah motivasi  ini di adakan pada hari Selasa 4 Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 12hb Oktober 2010M. Ceramah motivasi ini bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan SSSRU pada tahun 2010m.





Friday 8 October 2010

Sambutan Hari Raya Dan Hari Guru

Majlis Sambutan Hari Raya Dan Hari Guru di adakan pada 23 Syawal 1431H bersamaan dengan 2 Oktober 2010M.
Ucapan daripada Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Tanah Jambu
Persembahan daripada Murid-murid
Acara Rumah terbuka setiap buah kelas

Wednesday 6 October 2010

Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Darjah 6 Tahun 1431H / 2010m

Hari Rabu, 20hb Syawal 1431H bersamaan dengan 29hb September 2010m, Sekolah Ugama Tanah Jambu telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi 27 orang murid-murid dari darjah 6 tahun 2010M. Tetamu Kehormat pada hari itu ialah Yang Mulia Haji Asar Bin Hj Barudin, Ketua Kampong Tanah Jambu.

Gambar Peserta-peserta Khatam

Penyampaian Sijil-sijil kepada salah seorang peserta Khatam